Assalamualaikum

Tujuan blog ni dibuat adalah untuk menulis sejarah keluarga. Menurut ayah aku, nama WAN kami berasal dari keturunan Bendahara Pahang yang bersambung terus dengan Tun Koris @ Long dan Tun Mutahir. Sekarang ini ayah aku sedang giat menjejak susur-galur nenek moyang yang sangat sukar dan kabur.

Kejadian ini disebabkan oleh nenek moyang keluargaku menjadi buruan setelah kalah perang saudara di Pahang sekitar 1863. Kebanyakan mereka melarikan diri dan menyembunyikan identiti dengan gelaran sahaja. Pernah dikhabarkan ketika hendak memberitahu nama sebenar, perlu ada pengawal di luar rumah dengan daun tingkap dan pintu ditutup rapat.

Sampai begitu sekali mereka menjaga kerahsiaan nama keluarga ini!

Menjejak identiti dengan nama gelaran tanpa mengetahui bin atau ayahnya sangatlah sukar. Tambahan pula pemegang salsilah keluarga berterabur dan ada dokumentasi tulisan tangan telah hilang. Orang-orang tua pula sudah ramai yang meninggal lagi menyukarkan pencarian ini.

Sebagai contoh, moyang aku sebelah datuk, bernama Wan Endut bin Wan Burok. Nama Wan Burok ini merupakan nama gelaran. Serata tempat ayah aku pergi untuk mencari empunya gelaran ini Pahang, Terengganu, Melaka, Johor. Petunjuk paling hampir adalah kuburnya di Kemaman. Tetapi malangnya terdapat 2 orang empunya nama Wan Burok ini dan tiada yang mengetahui asal mereka ini.

Setelah sekian lama, baru-baru ini ayah aku dijemput untuk menghadiri perjumpaan besar keluarga Wan di Kg Pulau Manis. Alhamdulillah ada catatan salsilah keluarga moyang kami di sana! Nama anak dan cucunya sama, petunjuk semakin jelas walaupun hanya terhenti pada nama datuknya.

Wan Endut bin Wan Burok bin Wan Omar.

Moyang aku, Wan Endut secara rasmi mempunyai 4 beradik;
1. Wan Sulaiman
2. Wan Esah
3. Wan Munah

Ayahku sedikit tersenyum dengan penemuan nama ini walaupun masih perlu pengesahan. Misi mencari nama penuh dan adik beradik Wan Omar pula..tak lama dah ni, sebab mengikut orang tua perkahwinan datuk, Wan Hassan dan nenek, Wan Gayah adalah perkahwinan keluarga dan berpangkat pupu. Sama ada ayah atau datuk kepada Wan Omar ini akan menyatukan jalur datuk dan nenek aku.

Sampai sini dulu, nanti aku sambung jalur nenek aku Wan Gayah binti Wan Talib.

Comments

Popular posts from this blog

Nota nama

Link