Posts

Link

Simpan dulu link ni utk semakan bacaan. 1. Tun Koris bin Tun Mutahir http://kgjlnibrahim1920.blogspot.com/2018/09/mencari-keturunan-tun-koris-yang-hilang.html?m=1 2. Tun Da bin Tun Mutahir https://kgjlnibrahim1920.blogspot.com/2019/02/merungkai-kisah-sebenar-tun-wan-da-ibni.html?m=1

Nota nama

Weekend baru ni ayah aku ada menyebut nama waris yang berpangkat anak pupu yang dikatakan memegang  warisan keris bendahara keluarga kami. Wan Mahkota bin Wan Nordin bin Wan Ahmad bin Wan Ismail bin Tun Hassan. Aku park dulu nama waris ni..pangkat 4 pupu dgn aku. Semoga silaturrahim anak beranak bendahara kembali bertaut. InsyaAllah.

Assalamualaikum

Tujuan blog ni dibuat adalah untuk menulis sejarah keluarga. Menurut ayah aku, nama WAN kami berasal dari keturunan Bendahara Pahang yang bersambung terus dengan Tun Koris @ Long dan Tun Mutahir. Sekarang ini ayah aku sedang giat menjejak susur-galur nenek moyang yang sangat sukar dan kabur. Kejadian ini disebabkan oleh nenek moyang keluargaku menjadi buruan setelah kalah perang saudara di Pahang sekitar 1863. Kebanyakan mereka melarikan diri dan menyembunyikan identiti dengan gelaran sahaja. Pernah dikhabarkan ketika hendak memberitahu nama sebenar, perlu ada pengawal di luar rumah dengan daun tingkap dan pintu ditutup rapat. Sampai begitu sekali mereka menjaga kerahsiaan nama keluarga ini! Menjejak identiti dengan nama gelaran tanpa mengetahui bin atau ayahnya sangatlah sukar. Tambahan pula pemegang salsilah keluarga berterabur dan ada dokumentasi tulisan tangan telah hilang. Orang-orang tua pula sudah ramai yang meninggal lagi menyukarkan pencarian ini. Sebagai contoh, moyan